KUALA LUMPUR: Penaung Kuala Lumpur (KL) City FC Fahmi Fadzil memberi keutamaan untuk membantu skuad The City Boys mengharungi pramusim dengan sempurna menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025 yang dijadual bermula bulan depan.
Fahmi berkata beliau mahu membantu memastikan semua keperluan KL City dapat diuruskan dengan baik supaya juara Piala Malaysia 2021 itu cukup bersedia untuk memulakan musim baharu nanti.
Menteri Komunikasi itu berkata baru-baru ini beliau ada bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh bagi membincangkan perjanjian komersial antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan KL City.
"Saya nak pastikan isu seperti gaji, tahap kesiapsiagaan stadium ini (Stadium Bolasepak Kuala Lumpur), jadi kita banyak fokus kepada beberapa perkara asas," katanya ketika ditemui pada sesi latihan KL City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah beliau bersedia untuk memimpin Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) susulan bekas presidennya Khalid Abdul Samad meletakkan jawatan bulan lalu.
Pada masa sama, beliau sedia mempertimbangkan untuk menerajui KLFA pada masa depan demi memastikan persatuan itu dapat dikemudi dengan baik, selain membantu ahli gabungan dan pasukan yang bernaung di bawahnya.
Dalam pada itu, Fahmi berkata kehadiran pemain tengah skuad Harimau Malaya, Brendan Gan yang baru menyertai KL City dapat menyuntik elemen positif dalam pasukan.
"Saya percaya dia (kehadiran Brendan) akan menambah dan membakar lagi semangat rakan-rakan dalam pasukan dalam persediaan menjelang bermulanya musim pada Mei," katanya.
Brendan menyertai KL City selepas bersama dengan Selangor FC selama tiga tahun dari 2020 sehingga musim lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Fahmi bersama Brendan Gan yang baharu menyertai pasukan itu pada hari pertama sesi latihan skuad The City Boys di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. --fotoBERNAMA
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
KL City dalam kumpulan maut Kejuaraan Kelab Asia Tenggara
Kuala Lumpur City FC berada dalam 'kumpulan maut' apabila diundi dalam Kumpulan B bersama juara Liga Thailand 2022/2023, Buriram United FC, pada Kejuaraan Kelab Asia Tenggara 2024/2025.
Pramusim sempurna buat KL City FC keutamaan saya - Fahmi
Fahmi mahu membantu memastikan semua keperluan KL City dapat diuruskan dengan baik supaya ia cukup bersedia untuk memulakan musim baharu.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Fahmi komited selesai isu tunggakan gaji KL City dalam kadar segera
Isu pembayaran tunggakan gaji akan dilaksanakan dengan kadar segera selepas melalui proses tertentu.
KL City ibarat sudah jatuh ditimpa tangga
KL City menerima khabar duka apabila ketua jurulatihnya, Nenad Bacina mengumumkan peletakan jawatannya.
KLFA nafi tunggakan gaji empat bulan KL City
KLFA menafikan pihaknya dibelenggu masalah tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan KL City, yang didakwa berlarutan sehingga empat bulan.
PHKL akan sertai Liga Hoki Malaysia 2024 menerusi pasukan dinamakan KL City
PHKL akan menyertai Liga Hoki Malaysia pada musim ini, menerusi KL City yang ditubuhkan persatuan itu dengan kerjasama beberapa agensi seperti MSWP.
Liga Super: Kuching City tumbang di Sarawak, PDRM bedil Kelantan
Kuala Lumpur City FC menewaskan Kuching City FC 3-2, manakala PDRM FC berpesta gol dengan membelasah Kelantan FC 7-2.
Liga Super: KL City tewaskan Kelantan United 3-0
Anak buah kendalian Nenad Bacina yang dilihat mendominasi perlawanan memecah kebuntuan pada minit ke-21 hasil penyudah Matko Zirdum.
KL City tidak terburu-buru senarai pengganti Shukor Adan
Stanley Bernard berkata, pasukan Malaysia adalah paling penting kerana menjadi watak utama di peta bola sepak dunia.